Lagu ini dinyanyi oleh Declan Galbraith ketika dia berumur 11 tahun. Lagu ini mengisahkan isu-isu yang berkaitan tentang orang yang memerlukan bantuan di dunia ini. Dalam lagu ini, penyanyi berpendapat kanak-kanak sepetutnya sentiasa ceria. Namun, masih ada banyak orang yang sengsara dari kemiskinan, kelaparan dan kezaliman. Ini telah disampaikan dalam perenggan utama lagu ini.
"In my dream, children sing
A song of love for every boy and girl
The sky is blue and fields are green
And laughter is the language of the world
Then I wake and all I see
Is a world full of people in need."
Bahagian pertama lagu ini menerangkan sebab kewujudan konflik yang banyak dan masalah kenapa kebanyakan orang masih memerlukan bantuan. Hal ini disebabkan manusia cenderung untuk menganggap kejadian yang berlaku di persekitaran hanya adalah mimpi ngeri dan apabila mereka bangun ia semua akan hilang. Namun, sebenarnya ini langsung berlawanan dengan dunia sebenar. Kami mungkin selamat dalam mimpi kita, terpisah dari realiti dan dunia, tetapi apabila kita bangun, masalah tetap akan di sana.
"Tell me why (why) does it have to be like this?
Tell me why (why) is there something I have missed?
Tell me why (why) cause I don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why?"
Korus lagu ini juga sangat menyentuh hati apabila dinyanyi oleh Declan. Tidak bersalah seorang kanak yang hanya berusia sebelas tahun bertanya dunia, why? Mengapa tidak ada seseorang pun yang menghulurkan tangan kepada orang yang memerlukan bantuan? Mengapa keadaan ini menjadi dan mengapa kita tidak boleh melakukan sesuatu mengenainya? Malah apabila saya melihat terdapat banyak berita dan iklan yang merayu orang ramai untuk membantu orang-orang yang berada dalam kemiskinan, saya pun bertanya diri sendiri. Namun, soalan yang paling penting budak ini meminta dunia dan juga salah satu soalan yang paling kerap saya berfikir, tell me why? Cause I don't understand. Ini adalah soalan yang tiada sesiapa pun yang dapat jawab betul.
"Every day I ask myself,
What will I have to do to be a man?
Do I have to stand and fight,
To prove to everybody who I am?
Is that what my life is for,
To waste in a world full of war?"
Dalam stanza kedua , Declan menyanyi tentang apa yang dia boleh lakukan untuk dunia ini.
Agak susah untuk memberi penjelasan apabila anda mendengar dan melihat seorang budak lelaki bertanya tentang adakah dia perlu membazir masanya di dunia yang yang penuhi peperangan, kekacauan, kemiskinan dan kemusnahan ini. Adakah hidupan sebegini ialah hidupan yang kita ingin beri kepada anak kita? Saya pasti ini bukan kehidpuan yang saya ingin beri kepada anak saya. Isu ini dapat berkaitan dengan artikel 3 UDHR(Universal Declaration of Human Rights) yang mengatakan bahawa semua individu bebas mempunyai hak untuk hidup dan mendapat jaminan keselamatan. Namun, melalui peperangan yang penuh kezaliman contohnya peperangan Israel dengan Gaza, ramai rakyat yang tidak bersalah pula terkorban. Ini telah berlanggar dengan hak asasi manusia.
"Tell me why (Why why, does the tigers run?)
Tell me why (Why why, do we shoot the gun?)
Tell me why (Why why, do we never learn?)
Can someone tell us why we let the forests burn?
(why why do we say we can?) tell me why
(why why is it still the same?) tell me why
(why why do we talk and run?) tell me why
Can someone tell us why we let the ocean die?
(why why do we always say?) tell me why
(why why do we pass the blame?) tell me why
(why why does it never rain?)
Can someone tell us why we cannot just be friends?
(why why do we close our eyes?)
(why why do we really lie?)
(why why do we fight for land?)
Can someone tell us why cause we don't understand."
Dalam stanza terakhir, lagu ini memberi lebih banyak soalan kepada pendengar. Lagu ini bukan mengemukakan isu-isu kemiskinan dan apa yang kita kurang bantu sahaja tetapi juga tentang isu-isu lain. Why do the tigers run? Why do we let the forests burn? Why do we let the ocean die? Soalan-soalan ini membawa isu-isu tentang keamanan binatang dan alam sekitar kita. Kenapa kita perlu menebang pokok dan membiarkan pokok terbakar? Jawapannya senang sahaja iaitu ketamakan manusia.
Dalam stanza yang sama bertanya tentang harimau dan diikuti dengan soalan why do we shoot the gun? Soalan ini dapat dikaitkan dengan dua isu utama dan konflik pada masa ini iaitu isu memburu dan satu lagi ialah isu peperangan. Adakah kita memang perlu melibatkan diri dalam peperangan? Pihak mana yang menang atau kalah dalam peperangan sudah tidak penting. Yang lebih kasihan ialah wanita dan budak yang tidak bersalah pula menderita dalam peperangan. Kernyataan ini bertentangan dengan Artikel 1 UDHR yang mengatakan bahawa setiap individu berhak dilahirkan bebas dan sama. Bayi yang baru dilahirkan tanpa mengetahui apa-apa pun pula terpaksa terlibat dalam peperangan.
Isu lain yang dikemukakan pada akhir lagu ini ialah why we cannot just be friends? Ini adalah soalan yang akan ditanya oleh budak kecil apabila mereka membuka televisyen dan melihat berita tentang konflik, peperangan dan kemusnahan. Bagaimana kita memberitahu mereka bahawa masalah-masalah ini berlaku disebabkan kedegilan manusia enggan mengetepikan perbezaan mereka dan menyelesaikan masalah dengan cara yang bertamadun?
Kesimpulannya, kita dapat mengubah dunia yang huru-hara kini sekiranya kita semua sanggup menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukan.
Terima kasih kongsikan info yang sgt bermanfaat ini.
ReplyDeleteTerima kasih kongsikan info yang sgt bermanfaat ini.
ReplyDeleteame2..tq syafiq datang berziarah ke teratak maya hamba..
ReplyDelete