Sunday, 14 February 2016

Wikileaks : Collateral Murders


Pencabulan Hak Asasi Manusia




Collateral Murder :


Universal Declaration of Human Rights (UDHR) mengandungi 30 artikel yang menggariskan pandangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai hak-hak manusia sejagat. Namun begitu, hak asasi manusia ini telah dilanggar oleh sesetengah pihak sehingga ke hari ini. Antaranya:

  • Artikel 3 - setiap individu mempunyai hak untuk hidup, kebebasan dan keselamatan diri terjamin. Tetapi Video WikiLeaks Collateral Murder menceritakan tentang serangan udara yang dilakukan oleh pasukan tentera Amerika Syarikat terhadap kota Baghdad, Iraq.Serangan ini telah mengorbankan beberapa orang penduduk tempatan termasuk dua orang wartawan perang Reuters iaitu, Saeed Chmagh dan Namir Noor-Eldeen serta mencederakan kanak-kanak yang tidak berdosa.

  • Artikel 4 - Tiada sesiapa pun boleh diperhamba atau diperabdikan;  perhambaan dan perdagangan hamba hendaklah dilarang dalam semua bentuk. Selama 18 tahun, LRA (Lord Resistance Army)  gerila dari utara Uganda telah menculik kanak-kanak lelaki untuk melatih mereka sebagai askar dan perempuan untuk dijadikan sebagai hamba seksual kepada komander. Pada tahun 2002, bilangan kanak-kanak yang terdapat dalam kuasa LRA adalah sebanyak 20,000.

  • Artikel 5 - Kebebasan daripada seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menghinakan. Penderaan adalah amalan biasa di Brazil dan keganasan di penjara adalah juga merupakan perkara biasa yang mendatangkan kesan-kesan tragis. Pada akhir Mei 2002, 20 orang telah disabitkan kesalahan dan penjaga penjara meninggal dunia semasa pemberontakan di penjara Manaus. Individu yang dipenjarakan membantah terhadap penderaan dan pembunuhan serta keadaan hidup yang tidak berperikemanusiaan di penjara.

  • Artikel 18 - Kebebasan Beragama. Pada 27 Februari 2002, di bandar Gujarat, India , sekumpulan Muslim menyerang kereta api yang penuh dengan aktivis Hindu, menembak dua buah kereta, dan membunuh 27 orang. Peristiwa ini mencetuskan keganasan dan empat hari kemudian, 2,000 orang Islam terbunuh, rumah-rumah mereka, masjid dan perdagangan dimusnahkan dan beratus-ratus wanita diperkosa. Siasatan kemudian mendedahkan bahawa serangan telah dirancang dan dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan.

  • Artikel 19 - Setiap individu mempunyai hak untuk kebebasan pendapat dan meluahkan pandangannya, hak ini termasuklah kebebasan mempunyai pendapat tanpa gangguan dan mencari, menerima dan menyebarkan maklumat dan idea melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. Pada tahun 2010, seorang penganalisis perisikan tentera Amerika bernama Bradley Manning telah ditangkap selepas memberitahu Adrian Lamo bahawa dia telah mendedahkan video serangan udara WikiLeaks Collateral Murder kepada Wikileaks. Ini bermakna sekiranya tiada individu yang mendedahkan perkara tersebut, perbuatan salah tentera Amerika itu tidak akan diketahui orang ramai. Ini adalah bertentangan dengan artikel 19 yang mana setiap orang berhak mengetahui dan menerima maklumat.  


Pandangan terhadap lagu JASA BONDA oleh WARISAN





Kau dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa

Lagu yang berjudul Jasa Bonda ini dinyanyikan oleh kumpulan Warisan menceritakan tentang kasih sayang seorang ibu kepada seorang anak atau lebih dikenali sebagai Ihsan.

Ihsan ialah berbuat baik atau berbuat sebaik mungkin, manakala dalam pengertian istilah, ihsan dapat didefinisikan sebagai ajaran atau konsep yang mendukung etika kerja yang baik.Berdasarkan kepada perspektif ini, ihsan dapat difahami sebagai satu produktiviti kerja secara optimum, iaitu bekerja dan melaksanakan sesuatu tugas sesuai dengan hasil sumbangan yang terbaik serta berkualiti tinggi.Panggilan ibu, emak, umi, mama, mak, mother, mummy dan lain-lain lagi panggilan semuanya mewakili seorang insan yang melahirkan kita di dunia ini. Insan yang bergelar ibu adalah insan yang paling mulia dan tiada gantinya serta wajib dihormati oleh setiap anak-anak. Pengorbanan ibu terlalu besar buat anak-anak semua. Bermula dari permulaan mengandung sehingga saat melahirkan zuriatnya.

Dari situ, bermulalah episod kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Kasih sayang ibu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata kerana tidak tercapai oleh kata-kata. Suatu yang sukar untuk diungkapkan dan dilafazkan. Hal ini kerana pengorbanan ibu terlalu besar maknanya buat anak-anak semua.Dalam lirik lagu “ jasa bonda “ , terdapat banyak ihsan yang telah digambarkan bagaimana ihsan seorang ibu terhadap anaknya terlalu banyak. Antaranya liriknya ialah :

  • Kau dibuai mimpi dia jaga.
    Menggambarkan ihsan seorang ibu sanggup bersengkang mata sama ada ketiaka anaknya sedang sakit walau berhari-hari demi melihatnya anaknya tidur dengan nyenyak tanpa gangguan hatta dari seekor nyamuk sekalipun.

  • Kau bersenang dia bekerja
    Ianya juga menggambarkan ihsan seorang ibu sanggup bekerja keras tanpa mengira keadaan cuaca dan kesihatan diri sendiri untuk mencari rezeki demi membantu si bapa menyara anak-anaknya.Walaupun ibu tersebut bekerja,tanggungjawab sebagai ibu dan suri rumah tidak pernah diabaikan.

  • Untukmu tiada terbatas, dan memberi tak meminta untuk dibalas.
    Ianya turut menggambarkan ihsan seorang ibu di atas segala pengorbanan yang dicurahkan oleh seorang ibu terhadap anaknya tiada terbatas banyaknya malah tidak pula meminta untuk dibalas segala jasa jasa tersebut.


  • Ingin anaknya hidup sempurna dan mempunyai kekuatan jiwa dan maruah
    Ihsan seorang ibu yang ingin melihat anaknya menjalani kehidupan yang sesempurna mungkin dan ingin anaknya mempunyai jiwa yang cukup kuat dan kental untuk mengharungi segala cabaran serta menjaga maruah diri sendiri dan keluarga.

  • Marah bukan kebencian, tapi tanda sayang.
    hsan seorang ibu, dalam memberi nasihat kepada anaknya. Seseorang ibu marah kepada anaknya bukan bermaksud benci. Akan tetapi sangat menyayangi anaknya supaya menjadi orang yang sempurna.

HAK SEBAGAI SEORANG ANAK

  • “Semoga kau tak lupa jasa bonda”
Walau siapa pun kita sekarang ini sama pegawai berpangkat tinggi,ahli perniagaan yang berjaya,memiliki harta berjuta,isteri yang cantik,anak yang ramai dan comel,itu semua tidak berguna sekiranya hati seorang ibu itu terguris dengan sikap kita.Janganlah kita lupa bahawa orang pertama yang mengajar kita tentang kehidupan adalah ibu,makanan pertama yang menjadi darah daging kita ini sehingga mampu berdiri di atas kaki sendiri adalah susu ibu kita sendiri.Oleh itu,janganlah kita menjadi terlalu angkuh dan sombong sehingga kita malu untuk mengaku siapa ibu kita dan mengabaikan tanggungjawab kita sebagai seorang anak.


MARAH BUKAN KEBENCIAN, TAPI TANDA SAYANG


Tiada ibu yang sanggup melihat anaknya derita atau berada di dalam kesusahan.Oleh kerana itulah si ibu sering memarahi anaknya untuk mendidik dan mengajar anaknya supaya tidak menyesal di kemudian hari.Ingatlah semua anak-anak sekalian,ibu marah itu adalah tanda ibu sangat sayangkan anak-anaknya.

Sebagai penutup,lagu Jasa Bonda ini yang cukup indah.Ayatnya yang cukup puitis sehingga menusuk qalbu dan mengetuk pintu hati seseorang untuk kembali memikirkan tentang pengorbanan seorang ibu yang tidak terbayar dengan wang ringgit.Tanpa ibu yang melahirkan kita dari rahimnya yang suci,siapalah kita.Di saat ini,kita mungkin berjauhan dengan ibu demi memenuhi tanggungjawab kita kepada keluarga kita dan juga sebagai penjawat awam tetapi seperti terngiang-ngiang suara ibu kita di telinga ketika mendengar lagu ini.Mungkin luarannya nampak beliau gembira namun dihatinya tiada siapa yang tahu Air mata ini tidak berhenti-henti mengalir tatkala mengenang jasamu....


Tell Me Why by Declan Galbraith



Lagu ini dinyanyi oleh Declan Galbraith ketika dia berumur 11 tahun. Lagu ini mengisahkan isu-isu yang berkaitan tentang orang yang memerlukan bantuan di dunia ini. Dalam lagu ini, penyanyi berpendapat kanak-kanak sepetutnya sentiasa ceria. Namun, masih ada banyak orang yang sengsara dari kemiskinan, kelaparan dan kezaliman. Ini telah disampaikan dalam perenggan utama lagu ini.



"In my dream, children sing
A song of love for every boy and girl
The sky is blue and fields are green
And laughter is the language of the world
Then I wake and all I see
Is a world full of people in need."


Bahagian pertama lagu ini menerangkan sebab kewujudan konflik yang banyak dan masalah kenapa kebanyakan orang masih memerlukan bantuan. Hal ini disebabkan manusia cenderung untuk menganggap kejadian yang berlaku di persekitaran hanya adalah mimpi ngeri dan apabila mereka bangun ia semua akan hilang. Namun, sebenarnya ini langsung berlawanan dengan dunia sebenar. Kami mungkin selamat dalam mimpi kita, terpisah dari realiti dan dunia, tetapi apabila kita bangun, masalah tetap akan di sana.



"Tell me why (why) does it have to be like this?
Tell me why (why) is there something I have missed?
Tell me why (why) cause I don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why?"


Korus lagu ini juga sangat menyentuh hati apabila dinyanyi oleh Declan. Tidak bersalah seorang kanak yang hanya berusia sebelas tahun bertanya dunia, why? Mengapa tidak ada seseorang pun yang menghulurkan tangan kepada orang yang memerlukan bantuan? Mengapa keadaan ini menjadi dan mengapa kita tidak boleh melakukan sesuatu mengenainya? Malah apabila saya melihat terdapat banyak berita dan iklan yang merayu orang ramai untuk membantu orang-orang yang berada dalam kemiskinan, saya pun bertanya diri sendiri. Namun, soalan yang paling penting budak ini meminta dunia dan juga salah satu soalan yang paling kerap saya berfikir, tell me whyCause I don't understand. Ini adalah soalan yang tiada sesiapa pun yang dapat jawab betul.


"Every day I ask myself,
What will I have to do to be a man?
Do I have to stand and fight,
To prove to everybody who I am?
Is that what my life is for,
To waste in a world full of war?"


Dalam stanza kedua , Declan menyanyi tentang apa yang dia boleh lakukan untuk dunia ini.
Agak susah untuk memberi penjelasan apabila anda mendengar dan melihat seorang budak lelaki bertanya tentang adakah dia perlu membazir masanya di dunia yang yang penuhi peperangan, kekacauan, kemiskinan dan kemusnahan ini. Adakah hidupan sebegini ialah hidupan yang kita ingin beri kepada anak kita? Saya pasti ini bukan kehidpuan yang saya ingin beri kepada anak saya. Isu ini dapat berkaitan dengan artikel 3 UDHR(Universal Declaration of Human Rights) yang mengatakan bahawa semua individu bebas mempunyai hak untuk hidup dan mendapat jaminan keselamatan. Namun, melalui peperangan yang penuh kezaliman contohnya peperangan Israel dengan Gaza, ramai rakyat yang tidak bersalah pula terkorban. Ini telah berlanggar dengan hak asasi manusia.

"Tell me why (Why why, does the tigers run?)
Tell me why (Why why, do we shoot the gun?)
Tell me why (Why why, do we never learn?)
Can someone tell us why we let the forests burn?

(why why do we say we can?) tell me why
(why why is it still the same?) tell me why
(why why do we talk and run?) tell me why
Can someone tell us why we let the ocean die?

(why why do we always say?) tell me why
(why why do we pass the blame?) tell me why
(why why does it never rain?)
Can someone tell us why we cannot just be friends?
(why why do we close our eyes?)
(why why do we really lie?)
(why why do we fight for land?)
Can someone tell us why cause we don't understand."

Dalam stanza terakhir, lagu ini memberi lebih banyak soalan kepada pendengar. Lagu ini bukan mengemukakan isu-isu kemiskinan dan apa yang kita kurang bantu sahaja tetapi juga tentang isu-isu lain. Why do the tigers run? Why do we let the forests burn? Why do we let the ocean die? Soalan-soalan ini membawa isu-isu tentang keamanan binatang dan alam sekitar kita. Kenapa kita perlu menebang pokok dan membiarkan pokok terbakar? Jawapannya senang sahaja iaitu ketamakan manusia.

Dalam stanza yang sama bertanya tentang harimau dan diikuti dengan soalan why do we shoot the gun? Soalan ini dapat dikaitkan dengan dua isu utama dan konflik pada masa ini iaitu isu memburu dan satu lagi ialah isu peperangan. Adakah kita memang perlu melibatkan diri dalam peperangan? Pihak mana yang menang atau kalah dalam peperangan sudah tidak penting. Yang lebih kasihan ialah wanita dan budak yang tidak bersalah pula menderita dalam peperangan. Kernyataan ini bertentangan dengan Artikel 1 UDHR yang mengatakan bahawa setiap individu berhak dilahirkan bebas dan sama. Bayi yang baru dilahirkan tanpa mengetahui apa-apa pun pula terpaksa terlibat dalam peperangan.

Isu lain yang dikemukakan pada akhir lagu ini ialah why we cannot just be friends? Ini adalah soalan yang akan ditanya oleh budak kecil apabila mereka membuka televisyen dan melihat berita tentang konflik, peperangan dan kemusnahan. Bagaimana kita memberitahu mereka bahawa masalah-masalah ini berlaku disebabkan kedegilan manusia enggan mengetepikan perbezaan mereka dan menyelesaikan masalah dengan cara yang bertamadun?

Kesimpulannya, kita dapat mengubah dunia yang huru-hara kini sekiranya kita semua sanggup menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukan.

Thursday, 11 February 2016


  • Perlembagaan mahupun undang-undang tidak melarang secara khusus diskriminasi berlandaskan ketidakupayaan fizikal atau mental. Namun, kerajaan menggalakkan penerimaan dan integrasi orang kurang upaya oleh masyarakat awam. 
  • Kerajaan tidak mendiskriminasi orang kurang upaya daripada segi pekerjaan, pendidikan, akses ke perkhidmatan kesihatan, atau peruntukan perkhidmatan kerajaan yang lain. Peraturan sektor awam memperuntukkan 1 peratus daripada pekerjaan sektor awam kepada orang kurang upaya. Kerajaan tidak mewajibkan penyediaan kemudahan pengangkutan bagi orang kurang upaya. Hanya sebilangan kecil kemudahan awam telah diubahsuaikan untuk orang kurang upaya. Bangunan baru milik kerajaan secara umumnya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk orang kurang upaya.Satu peraturan amalan menjadi garis panduan kepada semua agensi kerajaan, majikan, persatuan pekerja, pekerja dan pihak lain bagi menempatkan orang kurang upaya yang berkelayakan dalam sektor swasta.
  • Sekolah yang menawarkan pendidikan khas wujud namun tidak dapat menampung segala keperluan orang kurang upaya.
  • Berikutan bantahan oleh orang kurang upaya pada tahun-tahun yang lepas, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menggalakkan penerimaan orang ramai terhadap orang kurang upaya, kemudahan awam kepada orang itu, dan meningkatkan peruntukan bajet bagi program yang disasarkan untuk membantu mereka. Memandangkan kebanyakan pengangkutan awam tidak menyediakan kemudahan yang “mesra orang kurang upaya”, kerajaan telah mengekalkan pengurangan duti eksais sebanyak 50 peratus bagi kereta dan motosikal keluaran tempatan yang diubahsuaikan untuk golongan ini. Kementerian Sumber Manusia bertanggungjawab terhadap perlindungan hak asasi orang kurang upaya.
  • Pada 9 September 2011, Menteri Shahrizat mengumumkan bahawa Kabinet telah meluluskan satu cadangan yang menghendaki semua pihak berkuasa tempatan memasukkan orang kurang upaya dalam jawatankuasa perancangan dan pembangunan. Cadangan itu juga mencadangkan bahawa pihak berkuasa tempatan menubuhkan sebuah unit akses pengauditan bagi tujuan mencadangkan penambahbaikan akses untuk orang seperti ini untuk bangunan dan kemudahan.
  • Akta Orang Kurang Upaya 2008 mengiktiraf hak-hak orang kurang upaya untuk menikmati faedah pengangkutan awam, perumahan, pendidikan, pekerjaan dan penjagaan kesihatan. Namun, tidak ada hukuman bagi mereka yang tidak mematuhi peruntukan akta ini. Sebagai contoh, terdapat undangundang kecil yang mewajibkan bangunan baru menyediakan akses bagi orang kurang upaya. Tetapi terdapat juga kelemahan yang membenarkan pihak berkuasa tempatan untuk dikecualikan daripada pematuhan. Pengkritik memanggil akta ini sebagai "harimau tak bertaring."
  • Seorang pejuang terkenal bagi hak orang kurang upaya menunjukkan bahawa kesukaran praktikal terus menenggelamkan kelebihan mana-mana undang-undang atau dasar yang membantu orang kurang upaya. Sebagai contoh, peruntukan 1 peratus bagi pekerjaan di sektor awam sebenarnya tidak diisi, dan bangunan masih kekurangan tandas dan kemudahan lain yang mencukupi. Beliau menyifatkan sekolah rendah secara praktikalnya tidak dapat diakses oleh pelajar kurang upaya, yang memerlukan ibu bapa yang berkeupayaan untuk datang ke sekolah untuk membantu anak mereka turun dan naik tangga, memberi mereka makan, dan membawa buku-buku mereka ke kelas. Sesetengah pengangkutan awam dilengkapi dengan tanjakan yang boleh diletakkan secara manual untuk membantu pengunjung kurang upaya, tetapi mereka memerlukan bantuan pemandu dan jarang digunakan.