Sunday, 14 February 2016

Pandangan terhadap lagu JASA BONDA oleh WARISAN





Kau dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa

Lagu yang berjudul Jasa Bonda ini dinyanyikan oleh kumpulan Warisan menceritakan tentang kasih sayang seorang ibu kepada seorang anak atau lebih dikenali sebagai Ihsan.

Ihsan ialah berbuat baik atau berbuat sebaik mungkin, manakala dalam pengertian istilah, ihsan dapat didefinisikan sebagai ajaran atau konsep yang mendukung etika kerja yang baik.Berdasarkan kepada perspektif ini, ihsan dapat difahami sebagai satu produktiviti kerja secara optimum, iaitu bekerja dan melaksanakan sesuatu tugas sesuai dengan hasil sumbangan yang terbaik serta berkualiti tinggi.Panggilan ibu, emak, umi, mama, mak, mother, mummy dan lain-lain lagi panggilan semuanya mewakili seorang insan yang melahirkan kita di dunia ini. Insan yang bergelar ibu adalah insan yang paling mulia dan tiada gantinya serta wajib dihormati oleh setiap anak-anak. Pengorbanan ibu terlalu besar buat anak-anak semua. Bermula dari permulaan mengandung sehingga saat melahirkan zuriatnya.

Dari situ, bermulalah episod kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Kasih sayang ibu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata kerana tidak tercapai oleh kata-kata. Suatu yang sukar untuk diungkapkan dan dilafazkan. Hal ini kerana pengorbanan ibu terlalu besar maknanya buat anak-anak semua.Dalam lirik lagu “ jasa bonda “ , terdapat banyak ihsan yang telah digambarkan bagaimana ihsan seorang ibu terhadap anaknya terlalu banyak. Antaranya liriknya ialah :

  • Kau dibuai mimpi dia jaga.
    Menggambarkan ihsan seorang ibu sanggup bersengkang mata sama ada ketiaka anaknya sedang sakit walau berhari-hari demi melihatnya anaknya tidur dengan nyenyak tanpa gangguan hatta dari seekor nyamuk sekalipun.

  • Kau bersenang dia bekerja
    Ianya juga menggambarkan ihsan seorang ibu sanggup bekerja keras tanpa mengira keadaan cuaca dan kesihatan diri sendiri untuk mencari rezeki demi membantu si bapa menyara anak-anaknya.Walaupun ibu tersebut bekerja,tanggungjawab sebagai ibu dan suri rumah tidak pernah diabaikan.

  • Untukmu tiada terbatas, dan memberi tak meminta untuk dibalas.
    Ianya turut menggambarkan ihsan seorang ibu di atas segala pengorbanan yang dicurahkan oleh seorang ibu terhadap anaknya tiada terbatas banyaknya malah tidak pula meminta untuk dibalas segala jasa jasa tersebut.


  • Ingin anaknya hidup sempurna dan mempunyai kekuatan jiwa dan maruah
    Ihsan seorang ibu yang ingin melihat anaknya menjalani kehidupan yang sesempurna mungkin dan ingin anaknya mempunyai jiwa yang cukup kuat dan kental untuk mengharungi segala cabaran serta menjaga maruah diri sendiri dan keluarga.

  • Marah bukan kebencian, tapi tanda sayang.
    hsan seorang ibu, dalam memberi nasihat kepada anaknya. Seseorang ibu marah kepada anaknya bukan bermaksud benci. Akan tetapi sangat menyayangi anaknya supaya menjadi orang yang sempurna.

HAK SEBAGAI SEORANG ANAK

  • “Semoga kau tak lupa jasa bonda”
Walau siapa pun kita sekarang ini sama pegawai berpangkat tinggi,ahli perniagaan yang berjaya,memiliki harta berjuta,isteri yang cantik,anak yang ramai dan comel,itu semua tidak berguna sekiranya hati seorang ibu itu terguris dengan sikap kita.Janganlah kita lupa bahawa orang pertama yang mengajar kita tentang kehidupan adalah ibu,makanan pertama yang menjadi darah daging kita ini sehingga mampu berdiri di atas kaki sendiri adalah susu ibu kita sendiri.Oleh itu,janganlah kita menjadi terlalu angkuh dan sombong sehingga kita malu untuk mengaku siapa ibu kita dan mengabaikan tanggungjawab kita sebagai seorang anak.


MARAH BUKAN KEBENCIAN, TAPI TANDA SAYANG


Tiada ibu yang sanggup melihat anaknya derita atau berada di dalam kesusahan.Oleh kerana itulah si ibu sering memarahi anaknya untuk mendidik dan mengajar anaknya supaya tidak menyesal di kemudian hari.Ingatlah semua anak-anak sekalian,ibu marah itu adalah tanda ibu sangat sayangkan anak-anaknya.

Sebagai penutup,lagu Jasa Bonda ini yang cukup indah.Ayatnya yang cukup puitis sehingga menusuk qalbu dan mengetuk pintu hati seseorang untuk kembali memikirkan tentang pengorbanan seorang ibu yang tidak terbayar dengan wang ringgit.Tanpa ibu yang melahirkan kita dari rahimnya yang suci,siapalah kita.Di saat ini,kita mungkin berjauhan dengan ibu demi memenuhi tanggungjawab kita kepada keluarga kita dan juga sebagai penjawat awam tetapi seperti terngiang-ngiang suara ibu kita di telinga ketika mendengar lagu ini.Mungkin luarannya nampak beliau gembira namun dihatinya tiada siapa yang tahu Air mata ini tidak berhenti-henti mengalir tatkala mengenang jasamu....


6 comments:

  1. syurga di bawah telapak kaki ibu.....sayangilah ibu anda sementara nyawa masih dikandung badan.

    ReplyDelete
  2. betul tu..hargailah sementara mereka masih ada..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. “Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: “Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah tua, namun dia masih gagal memasuki syurga (Yakni kerana gagal berkhidmat kepada mereka).” (Riwayat Imam Muslim)
      Betapa tinggi kedudukan mereka untuk memberi tiket ke syurga.

      hanisah abdul rahim GB02438

      Delete
    2. “Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: “Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah tua, namun dia masih gagal memasuki syurga (Yakni kerana gagal berkhidmat kepada mereka).” (Riwayat Imam Muslim)
      Betapa tinggi kedudukan mereka untuk memberi tiket ke syurga.

      hanisah abdul rahim GB02438

      Delete
    3. Allah..terima kasih untuk peringatan..

      Delete