- Perlembagaan mahupun undang-undang tidak melarang secara
khusus diskriminasi berlandaskan ketidakupayaan fizikal atau mental.
Namun, kerajaan menggalakkan penerimaan dan integrasi orang kurang upaya
oleh masyarakat awam.
- Kerajaan tidak mendiskriminasi orang kurang upaya daripada
segi pekerjaan, pendidikan, akses ke perkhidmatan kesihatan, atau
peruntukan perkhidmatan kerajaan yang lain. Peraturan sektor awam
memperuntukkan 1 peratus daripada pekerjaan sektor awam kepada orang
kurang upaya. Kerajaan tidak mewajibkan penyediaan kemudahan pengangkutan
bagi orang kurang upaya. Hanya sebilangan kecil kemudahan awam telah
diubahsuaikan untuk orang kurang upaya. Bangunan baru milik kerajaan
secara umumnya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk orang kurang
upaya.Satu peraturan amalan menjadi garis panduan kepada semua agensi
kerajaan, majikan, persatuan pekerja, pekerja dan pihak lain bagi
menempatkan orang kurang upaya yang berkelayakan dalam sektor swasta.
- Sekolah yang menawarkan pendidikan khas wujud namun tidak
dapat menampung segala keperluan orang kurang upaya.
- Berikutan bantahan oleh orang kurang upaya pada tahun-tahun
yang lepas, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menggalakkan
penerimaan orang ramai terhadap orang kurang upaya, kemudahan awam kepada
orang itu, dan meningkatkan peruntukan bajet bagi program yang disasarkan
untuk membantu mereka. Memandangkan kebanyakan pengangkutan awam tidak
menyediakan kemudahan yang “mesra orang kurang upaya”, kerajaan telah
mengekalkan pengurangan duti eksais sebanyak 50 peratus bagi kereta dan
motosikal keluaran tempatan yang diubahsuaikan untuk golongan ini.
Kementerian Sumber Manusia bertanggungjawab terhadap perlindungan hak
asasi orang kurang upaya.
- Pada 9 September 2011, Menteri Shahrizat mengumumkan bahawa
Kabinet telah meluluskan satu cadangan yang menghendaki semua pihak
berkuasa tempatan memasukkan orang kurang upaya dalam jawatankuasa
perancangan dan pembangunan. Cadangan itu juga mencadangkan bahawa pihak
berkuasa tempatan menubuhkan sebuah unit akses pengauditan bagi tujuan
mencadangkan penambahbaikan akses untuk orang seperti ini untuk bangunan
dan kemudahan.
- Akta Orang Kurang Upaya 2008 mengiktiraf hak-hak orang kurang
upaya untuk menikmati faedah pengangkutan awam, perumahan, pendidikan,
pekerjaan dan penjagaan kesihatan. Namun, tidak ada hukuman bagi mereka
yang tidak mematuhi peruntukan akta ini. Sebagai contoh, terdapat
undangundang kecil yang mewajibkan bangunan baru menyediakan akses bagi
orang kurang upaya. Tetapi terdapat juga kelemahan yang membenarkan pihak
berkuasa tempatan untuk dikecualikan daripada pematuhan. Pengkritik
memanggil akta ini sebagai "harimau tak bertaring."
- Seorang pejuang terkenal bagi hak orang kurang upaya menunjukkan
bahawa kesukaran praktikal terus menenggelamkan kelebihan mana-mana
undang-undang atau dasar yang membantu orang kurang upaya. Sebagai contoh,
peruntukan 1 peratus bagi pekerjaan di sektor awam sebenarnya tidak diisi,
dan bangunan masih kekurangan tandas dan kemudahan lain yang mencukupi.
Beliau menyifatkan sekolah rendah secara praktikalnya tidak dapat diakses
oleh pelajar kurang upaya, yang memerlukan ibu bapa yang berkeupayaan
untuk datang ke sekolah untuk membantu anak mereka turun dan naik tangga,
memberi mereka makan, dan membawa buku-buku mereka ke kelas. Sesetengah
pengangkutan awam dilengkapi dengan tanjakan yang boleh diletakkan secara
manual untuk membantu pengunjung kurang upaya, tetapi mereka memerlukan
bantuan pemandu dan jarang digunakan.
Thursday, 11 February 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Molek doh tu wei. Mung tulih panjang berdo-oh. Ambe nok tulih gok, tapi idea dok tubik starang
ReplyDeletehahaha..tq hj utk komen tu..:-)
DeleteSepatutnya memang kita petlu tingkatkan kesedaran semua pihak untuk sediakan kemudahan kepada OkU...
ReplyDeleteZamriaddimasyqi.blog.com
GB02448
Sepatutnya memang kita petlu tingkatkan kesedaran semua pihak untuk sediakan kemudahan kepada OkU...
ReplyDeleteZamriaddimasyqi.blog.com
GB02448
salam..wah siap jawapan kuiz lg tu..kelas kau jah..hehehe k bye..
ReplyDeletelawati: hafizhanif84.blogspot.my
alhmdulillah,teuskan usaha sahabat...moga terus berjaya (gb02462)
ReplyDeleteterima kasih semua kerana sudi menziarahi blog usang ini..:-)
ReplyDeletealhamdulillah terbaik
ReplyDeleteIsi bernas dan mantap
ReplyDelete